Latar belakang La_fanciulla_del_West

Selepas kejayaan opera Madama Butterfly, Puccini kembali kepada sumber inspirasinya, pengarang David Belasco. Belasco ialah penulis untuk Madame Butterfly juga penulis untuk cerita The Girl of the Golden West. Oleh kerana skrip dan aria opera adalah di dalam bahasa Itali, Puccini menukarkan tajuk asal kepada bahasa ibundanya dan mempersembahkan cerita ini untuk dalam opera beliau yang seterusnya.

Persembahan pembukaan opera ini dibuat pada 10 Disember 1910 di bandaraya New York di rumah opera yang berprestij Metropolitan Opera, di bawah pimpinan konduktor muzik, Arturo Toscanini. La fanciulla del West merupakan opera bertaraf antarabangsa yang pertamakali dibuat di "The Met" dan mendapat sambutan besar di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, opera ini tidak mendapat sambutan baik di Eropah melainkan di Jerman. Pada Mac 1913, persembahan pembukaan opera ini di Berlin, Jerman yang bertempat di Deutsche Opernhaus (kini dikenali sebagai Deutsche Opera), di bawah pimpinan konduktor muzik Ignatz Waghalter mendapat kejayaan yang amat besar.